Andainya Takdir



Andainya Takdir

Hari ni sementara menunggu servis kereta, saya nak berceloteh tentang drama bersiri 'Andainya Takdir' yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya (Airil), Puteri Balqis (Aleeya) dan Nina Iskandar, (Fatihah) sebagai teraju utama drama tersebut.
Sebagai pengamal undang-undang, saya juga ada mengendalikan kes-kes keganasan rumahtangga. Wanita yang terlibat dalam keganasan rumahtangga bukanlah wanita yang lemah, tetapi mereka mempunyai 1001 alasan untuk mengekalkan rumahtangga dan berusaha ber'mati'an dan ber'cedera'an untuk itu. Kenapa ya? Wanita-wanita ini ada dikalangan kita, mungkin mereka sahabat karib kita, jiran kita, rakan sepejabat kita, adik kakak kita. Dan yang anehnya, mereka inilah yang kelihatan paling ceria dan paling gembira. Mereka cuba untuk menggembirakan hidup orang lain, sementelahan mereka hidup dalam penderitaan secara diam-diam dan disembunyikan di sebalik senyuman. Dan saya pernah juga mengendalikan kes-kes lelaki / suami yang menjadi mangsa dera isteri. 
Mungkin ada antara kita yang bertemu dengan pengamal undang-undang yang agak 'emo' atau lebih 'sudu daripada kuah' daripada klien mereka sendiri. Kenapa? Kerana bila berdepan dengan wanita-wanita yang hidup dalam kitaran keganasan rumahtangga ini, ada antara mereka yang bermain tarik tali. Kejap nak filing case. Bila dah filing, minta tarik balik kes sebab suami datang pujuk beri hadiah tudung bla bla bla. Lepas tu, datang semula dengan keadaan lebam / menangis / tidak terurus minta filing case. Lepas tu........ Lawyer pun pressure bila termasuk dalam kitaran hidup klien yang didera ini. Kadang-kadang kami pun rasa ter'dera' emosi dan mental. Saya sendiripun pernah disumpah seranah oleh suami-suami begini hingga mendoakan firma saya ditutup dan lingkup.
Ramai juga yang mempunyai perwatakan seperti Airil. Ada lelaki yang secara terang jelas bersikap kasar dengan isteri di khalayak. Ada juga yang hanya bersikap ganas di rumah, tetapi di hadapan rakan-rakan mereka akan bersikap seolah mereka 'mangsa didera' oleh isteri. Pelbagai watak.
Pendek kata, mereka berada di kalangan kita. Dan agak sukar untuk mengenali mereka kecuali isteri dan anak-anak yang hidup bersama dan juga pakar bidang personaliti disorder dan seumpamanya. Ada di antara mereka yang sangat baik, lemah lembut, 'pijak semut pun tak mati' di hadapan keluarga dan rakan-rakan. Hanya mereka yang betul-betul rapat dan pernah hidup serumah sahaja yang mengenali insan-insan ini.
Saya suka juga membaca dan mengkaji sifat suami yang begini. Apabila berdepan dengan mereka, pengamal undang-undang adakala bertindak sebagai kaunselor dan perlu mengetahui kaedah-kaedah terbaik untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah secara baik. Itu untuk kebaikan klien juga. Elakkan perbalahan semasa perceraian, kerana perjalanan hidup mereka masih panjang, apatah lagi jika mereka mempunyai anak-anak yang memerlukan belaian kasih sayang keduanya.
Dalam 'Andainya Takdir' ini, Airil mengetahui dan mengakui kelemahan dirinya. Cemburu buta, mendera isteri, sukar tahan marah. Tetapi tak ada pula ditunjukkan usaha-usaha untuk merawat 'penyakit'nya tu secara betul dan professional. Kalau setakat berjanji, berbuih mulut berjanji, ia pasti akan berulang. Kebanyakan kes kat luar ni, sang suami ni tak menyedari 'penyakit'nya. 
Sebagai individu yang prihatin, kita perlu membantu kedua-dua, iaitu pendera dan mangsa dera. 
Bagaimana nak membantu mereka?

Comments