𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 / 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮



Sumber data :
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz
Tarikh : 15/08/2017
Sumber : bhnews@bh.com.my


𝗣𝘂𝗻𝗰𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗰𝗲𝗿𝗮𝗶𝗮𝗻 / 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮

Sesungguhnya Islam memberikan perhatian yang sangat besar dalam pembentukan sebuah keluarga. Keluarga merupakan satu unit masyarakat yang kecil sebelum terbentuknya sebuah masyarakat yang lebih luas.

Punca pihak lelaki bercerai :
1. Tiada persefahaman 56.2%
2. Pasangan curang 11.8%
3. Campurtangan mertua / ipar duai 10.0%
4. Lain-lain* 22.0% (termasuk masalah kewangan, pasangan tidak bertanggungjawab, tiada zuriat, masalah kesihatan pasangan, pasangan terlibat dengan jenayah dan sebagainya)

Punca pihak perempuan bercerai :
1. Tiada persefahaman 38.0%
2. Pasangan curang 20.5%
3. Campurtangan mertua / ipar duai 15.2%
4. Enggan dimadukan 2.8%
5. Masalah kewangan 4.7%
6. Pasangan terlibat penyalahgunaan bahan terlarang 2.4%
7. Lain-lain* 10.4% (termasuk didera, tiada zuriat, pasangan ketagihan judi, masalah kesihatan pasangan, pasangan terlibat dengan kes jenayah dan sebagainya)

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Azizah Mohd Dun berkata rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia mencatatkan 59,712 kes penceraian pada 2014, 63,463 pada 2015 dan 48,077 sehingga 10 Julai, 2016.

Sebanyak 92,678 pasangan di seluruh negara mendaftarkan penceraian masing-masing dalam tempoh 2012 hingga 2014 dengan ada antara mereka hanya berkahwin kurang daripada lima tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan “Antara masalah yang menjadi punca utama mereka mendaftarkan penceraian ialah lemah didikan agama, faktor ekonomi, campur tangan orang ketiga, masalah seksual, masalah sosial, masalah kesihatan, masalah kerjaya, tidak bertanggungjawab dan masalah komunikasi"

Walaubagaimanapun jika sekiranya pasangan sudah tidak sehaluan dengan alasan-alasan yang dibenarkan syarak, dan telah berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan rumahtangga, maka tidak salah mereka berpisah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Firman Allah maksudnya : "Jika seorang perempuan melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling hatinya, tiada berdosa jika keduanya mengadakan perdamaian sesama mereka, berdamai itu adalah lebih baik, memang manusia berperangai kikir, jika kamu berbuat baik kepada isteri kamu dan bertakwa, sesungguhnya Allah Amat Mengetahui." (Surah An-Nisaa' ayat 128)

Firman Allah bermaksud : "Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik" (Surah Al Baqarah : 229)

Comments