Apakah harta yang Bukan Harta Sepencarian?



Harta Sepencarian secara umumnya ialah harta yang diperolehi atau diusahakan oleh suami dan isteri secara bersama atau secara usaha tunggal selepas akad nikah sepanjang tempoh perkahwinan berlangsung mengikut Hukum Syarak dan menurut Undang-Undang.

Adakah semua harta yang diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan dikira sebagai harta sepencarian?

Ini membantu agar lebih mudah faham, saya perturunkan di sini contoh kajian kes perkahwinan Ismail dan Intan (dua-dua bukan nama sebenar ya! hanya untuk tujuan pembelajaran)

1970 : Ismail menerima pusaka 20 ekar tanah sawit
1977 : Intan terima hibah daripada ayah sebuah Rumah Teres bernilai RM150,000
1978 : Ismail beli sebuah kereta BMW bernilai RM250,000
1979 : Intan beli sebuah kereta Viva bernilai RM30,000
1980 : Ismail bernikah dengan Intan.
1981 : Ismail hadiahkan Intan sebuah kereta MyVi bernilai RM70,000
1982 : Ismail beli sebuah rumah Semi-D bernilai RM400,000 daftar atas nama Ismail
1983 : Intan beli sebuah apartment bernilai RM80,000 daftar atas nama Intan
1990 : Intan sewakan Rumah Teres dan Apartment
1995 : Ismail dan Intan beli 10 ekar tanah sawit dan pajakkan
1998 : ...................

Melalui contoh di atas, apakah harta yang bukan Harta Sepencarian Ismail dan Intan?

1. 20 ekar tanah sawit Ismail yang diterima melalui pusaka
2. Rumah Teres yang dihibahkan oleh ayah Intan
3. Kereta Volvo Ismail
4. Kereta Viva Intan
5. Kereta MyVi yang dihadiahkan oleh Ismail kepada Intan

Secara mudahnya dapat difahami harta yang bukan harta sepencarian ialah :
1. Harta yang diperolehi sebelum perkahwinan
2. Harta pemberian daripada mana-mana pihak ataupun individu, contohnya hibah
3. Harta pusaka pihak-pihak
4. Harta yang dibeli dengan menggunakan wang hasil penjualan harta milik sendiri sebelum perkahwinan
5. Ada perjanjian antara pasangan bahawa harta tersebut dikecualikan daripada harta sepencarian
6. Wang KWSP tidak termasuk dalam harta sepencarian tetapi harta pusaka yang wajib diagihkan kepada waris yang berhak menurut Hukum Faraid







Comments