Adakah anda mengenali pasangan anda?



Adakah anda mengenali pasangan anda?

“Saya sedang deal dengan seorang lelaki, dan lelaki ini tidak seperti lelaki normal yang lain, dia boleh berubah 360 darjah, ada masa saya tidak mengenali beliau, pernah dia berkata saya sangat mengenali beliau melebihi beliau mengenali dirinya sendiri.. pernah saya tertanya-tanya adakah ini suamiku yang ku kenali lebih 20 tahun dulu? Pendekatan juga sangat berbeza, sangat sukar bagi diri saya, dan saya faham ianya juga sangat sukar buat rakan-rakan, keluarga yang ingin membantu…” 

Ini adalah nota seorang rakan yang memaklumkan kesukaran untuk berinteraksi dan meneruskan hidup dengan pasangannya. Setelah sekian lama rumahtangga didirikan, semakin sukar untuk memahami pasangannya yang sentiasa berubah watak.

Sebagai rakan yang bersungguh ingin membantu, anda akan berdepan dengan seseorang yang sukar difahami kerana beliau berada di dalam keadaan keliru, sentiasa merasa diri bersalah, dan sukar mengawal percakapan dan emosi. Adakala anda akan dimarahi dan dipersalahkan tanpa anda mengetahui sebabnya. Kenapa ia berlaku? Kerana rakan anda tersebut berada dalam keadaan sukar untuk mengawal emosi dan kesihatan mentalnya agak terganggu.

Itulah cabarannya! Tidak ramai yang boleh bersabar bila berdepan dengan individu yang mempunyai gangguan emosi dan mental. Ramai yang mengundur diri. Ramai yang akhirnya turut stress dan mengalami tekanan. 

Sebagai pengamal undang-undang dan perunding keluarga, tidaklah pula saya terus menasihatkan agar klien meneruskan tindakan undang-undang untuk berpisah. Biasanya pihak peguam / perunding akan mendapatkan info dan meneliti 'kesihatan perkahwinan / rumahtangga' sama ada masih ada ruang untuk dirawat, diperbaiki dan diselamatkan.

Terdapat banyak juga simtom-simtom "personality disorder" yang menyumbang kepada keretakan hubungan dan sukar untuk diselesaikan tanpa kerelaan dan persetujuan pihak-pihak.

Saya turunkan bacaan saya di sini untuk maklumat pembaca yang budiman. Tuan Puan Pembaca boleh merujuk kepada pakar bidang untuk mendapatkan pandangan dan penjelasan yang lebih baik.

Terdapat 3 cluster iaitu :
Cluster A (Odd, bizarre, eccentric)
Paranoid PD, Schizoid PD, Schizotypal PD
Cluster B (Dramatic, erratic)
Antisocial PD, Borderline PD, Histrionic PD, Narcissistic PD
Cluster C (Anxious, fearful)
Avoidant PD, Dependent PD, Obsessive-compulsive PD

JENIS-JENIS KECELARUAN PERSONALITI :
* Paranoid
a. Selalu berperasaan syak wasangka.
b.Tidak mahu berbincang kerana takut orang lain akan bocorkan rahsianya.
c. Sangat sensitif dengan kritikan dan sering bertindak agresif.
d.Selalu berfikiran buruk terhadap orang lain.
* Schizoid
a. Tidak menyenangi hubungan sosial yang rapat.
b. Lebih menyukai kegiatan yang bersendirian.
c. Hanya sedikit aktiviti yang dapat memberikan kepuasan.
d. Boleh bersikap pelik jika dipuji atau sewaktu menerima cacian.
e. Dingin dari segi emosi.
* Schizotypal
a. Kepercayaan yang sangat kuat pada hal-hal yang karut, khayalan atau kuasa-kuasa ghaib yang menyimpang.
b. Pemikiran dan pendapat yang kurang jelas dan ganjil.
c. Seringkali bersikap syak wasangka.
d. Penampilan yang ganjil dan tidak sesuai dengan keadaan.
e. Kurang bergaul.
* Antisosial
a. Tidak mengikut norma-norma sosial dan selalu melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang.
b. Suka menipu, memutarbelitkan fakta, berbohong untuk kepentingan diri sendiri.
c. Melakukan hal-hal yang tidak dirancang sebelumnya.
d. Suka marah, agresif dan sering kali berkelahi.
e. Tidak mementingkan keselamatan orang lain.
f. Tidak bertanggungjawab dan tidak ada perasaan menyesal.
* Borderline:
a. Selalu berusaha untuk menghilangkan perasaan ditinggalkan atau keadaan diabaikan.
b. Sukar untuk mengadakan suatu hubungan sosial yang stabil.
c. Terdapat gangguan identiti.
d. Melakukan hal-hal dengan tidak berfikir panjang.
e. Kerap melakukan percubaan bunuh diri.
f. Sering meluahkan ancaman bunuh diri atau mencederakan diri sendiri.
g. Merasakan bahawa kehidupannya kosong dan sukar menangani perasaan marahnya.
* Histrionik:
a. Selalu inginkan perhatian orang lain.
b. Emosi yang sering berubah-ubah dalam jangka waktu yang pendek.
c. Menggunakan penampilan fizikalnya untuk menarik perhatian orang lain.
d. Suka membesar-besarkan hal yang remeh-temeh atau kecil.
e. Mudah dipengaruhi oleh kata-kata atau pendapat orang lain.
f. Menganggap sesuatu hubungan sosial itu lebih rapat dari keadaan sebenarnya.
* Kecelaruan Personaliti Nasisistik:
a. Suka membanggakan diri sendiri.
b. Selalu berfikir tentang kejayaan, khayalan, kecantikan dan kekuasaan.
c. Percaya bahawa dirinya unik dan tergolong dalam masyarakat kelas tinggi.
d. Amat suka mendapat kepujian yang berlebihan.
e. Suka mengambil kesempatan atas orang lain.
f. Kurang empati (keadaan di mana seorang itu dapat merasakan perasaan orang lain).
g. Suka cemburu atau dengki dengan kejayaan orang lain.
h. Perasaan bongkak dan suka memandang rendah atas orang lain.
* Avoidant (Mengelak):
a. Sering kali mengelak tugas yang diberikan kerana takut dikritik dan diketepikan.
b. Tidak suka bergaul kerana takut dimalukan atau diperkecilkan.
c. Selalu ada perasaan tidak mampu atau rendah diri.
d. Tidak mahu ambil risiko atau membuat aktiviti baru kerana takut gagal dan dipandang rendah.
e. Kecelaruan personaliti dependant (Ketergantungan):
f. Sukar untuk membuat keputusan dalam urusan seharian.
g. Memerlukan orang lain untuk membuat keputusan.
h. Sukar untuk membantah kerana takut kalau kehilangan sokongan orang tersebut.
i.Sukar untuk memulakan suatu projek.
j. Bersusah payah untuk mendapat sokongan orang lain.
k. Kurang serasi atau timbul perasaan tidak selesa bila bersendirian.
l. Cepat mencari pengganti bila suatu persahabatan atau hubungan sosial itu tamat.
m. Timbul rasa ketakutan yang tidak munasabah bila terpaksa berdikari.
* Obsessif-Kompulsif:
a. Selalu memikirkan cara atau hal yang tidak penting misalnya cara, perkataan yang digunakan atau kebersihan sehingga hal-hal yang lebih penting dan utama diabaikan.
b. Inginkan kesempurnaan dalam segala urusan sehingga menyusahkan orang lain.
c. Pengabdian yang berlebihan pada tugas-tugasnya.
d. Sangat sensitif dan tidak mahu bertolak-ansur dengan hal-hal yang berkaitan dengan moral dan nilai-nilai sosiobudaya.
e.Tidak mahu tugas-tugasnya diberikan pada orang lain kerana kurang yakin akan kemampuan orang lain.
f.Bersikap degil dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…
© Utusan Melayu (M) Bhd

Comments