Apakah bentuk nafkah yang isteri berhak menerima daripada suami selepas Akad Nikah?
'Nafaqah' dari segi bahasa bererti keluar dan pergi (al-ikhraj wa al-dhihab). Dari segi istilah bermaksud pengeluaran yang dilakukan oleh seseorang untuk perbelanjaan yang diwajibkan ke atasnya seperti roti, lauk, pakaian, tempat tinggal, air, minyak masak dan lain-lain.
(al Jaziri, al Fiqh ala al-Madhahib al-Arbaah)
(al Jaziri, al Fiqh ala al-Madhahib al-Arbaah)
Para fuqaha' Islam menyatakan tiga sebab yang mewajibkan seseorang itu untuk memberi nafkah kepada orang lain iaitu :
1. Perkahwinan
2. Kerabat
3. Pemilikan
1. Perkahwinan
2. Kerabat
3. Pemilikan
Nafkah isteri diwajibkan ke atas suami kerana perkahwinan, nafkah kerabat diwajibkan disebabkan tali persaudaraan, dan nafkah hamba diwajibkan ke atas tuannya disebabkan oleh pemilikan.
Firman Allah Taala:
وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.
(Surah al-Baqarah, 2:233)
(Surah al-Baqarah, 2:233)
Isteri yang masih dalam iddah perceraian diwajibkan ke atas bekas suaminya untuk memberikan nafkah, apatah lagi nafkah ke atas isteri.
Firman Allah dalam Surah at-Talaq ayat 6 bermaksud :
"Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya, kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya, dan berundinglah antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya"
Aisyah R.anha ada meriwayatkan bahawa Hindun pernah mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan suaminya, Abu Sufyan yang tidak memberikan nafkah yang cukup kepadanya dan anaknya. Maka Rasulullah SAW bersabda:
خُذِي مَا يَكْفِيكِ وَبَنِيكِ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Ambillah (daripada harta Abu Sufyan) apa yang mencukupkan kamu dan anak kamu secara baik. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
(1) Mazhab Maliki
Suami hendaklah menyediakan tiga bentuk nafkah iaitu :
a. Makanan iaitu berupa roti atau nasi mengikut adat sesebuah negara. Makanan itu mestilah berserta lauk pauknya seperti daging atau ikan, mengikut adat kebiasaan makanan dalam sesebuah negara. Air untuk minuman dan air untuk membasih pakaian. Alat-alat keperluan dapur seperti dapur untuk memasak, pinggan mangkuk, cawan dan periuk belanga. Penyediaan buah-buahan dan manisan (kuih).
b. Pakaian untuk isteri merupakan nafkah wajib sekurang-kurangnya mestilah ditukar dua kali setahun mengikut musim, sejuk dan panas.
c. Tempat tinggal untuk isteri hendaklah mengandungi perkara-perkara asas.

(2) Mazhab Syafie
Nafkah seorang suami kaya berbeza dengan nafkah seorang suami yang miskin.
Suami miskin hendaklah mampu menyediakan makanan kepada isterinya sekurang-kurangnya 1 mud (kati) makanan setiap hari.
Pakaian isteri hendaklah ditukar pakaian baru setiap enam bulan sekali. Tempat tinggal dinilai mengikut keadaan isteri dan bukannya keadaan suami.
Ini bermaksud jika isteri yang merdeka yang biasanya memerlukan pembantu rumah, maka suami hendaklah menyediakan pembantu rumah. Sebaliknya jika isteri tidak pernah memiliki pembantu rumah, maka suami tidak diperlukan untuk berbuat demikian.

(3) Mazhab Hanbali
Nafkah isteri ialah makanan dan minuman yang secukupnya. Jika lauk berupa daging itu diperlukan dua kali seminggu, maka suami wajib menyediakan sebanyak yang diperlukan oleh isteri sehingga ia benar-benar mencukupi.
Keperluan pakaian juga dinilai mengikut keperluan isteri, begitu juga tempat tinggal. Tempat tinggal yang wajib untuk isteri mestilah disediakan oleh suami termasuklah peralatan-peralatan rumah yang asas sahaja.
Menurut Imam an-Nawawi bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri itu tujuh perkara iaitu;
i. Makanan.
ii. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
iii. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
iv. Pakaian.
v. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
vi. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah). (an-Nawawi.450-461)

Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz
(1) Tertakluk kepada Hukum Syarak Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya
(2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain –
Apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
Apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak
Comments
Post a Comment