Apakah Hak Wanita sebelum berkahwin?



Apakah Hak Wanita sebelum berkahwin?


1. Hak sebagai anak untuk menerima Nafkah dan Penjagaan daripada kedua ibu bapa atau penjaga

Seksyen 72. Kewajipan menanggung nafkah anak

(1) Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

(2) Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.


2. Hak Memilih Pasangan

Seksyen 13. Persetujuan dikehendaki

Suatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada—
    (a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau
    (b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

Dalam satu kes Azizah lwn at (1976),  YA Hakim telah memutuskan bahawa pemohon berhak mendapat wali hakim untuk berkahwin dengan lelaki pihaknya dengan mas kahwin dan belanja yang telah ditetapkan.

Fakta kes: seorang perempuan telah menuntut di mahkamah kadhi supaya ia dikahwinkan dengan lelaki pilihannya secara wali hakim kerana bapanya enggan mewakilkannya dalam perkahwinan itu dengan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan hantaran RM202.00 tunai. Pihak bakal suami telah mencuba beberapa kali untuk meminang perempuan tetapi dihalang oleh bapa dengan alasan 'Tunggulah dulu sehingga anak perempuannya mendapat pekerjaan'. Bakal suami itu bekerja sebagai Pembantu Audit.

Kadhi ketika memutuskan kes itu menyatakan : `Berdasarkan kepada hukum syarak, apabila seseorang wali itu tidak mahu mewalikan nikah anaknya kerana enggan atau berselisih faham, maka bolehlah dinikahkan perempuan itu dengan wali hakim atau wali raja dengan alasan

a. Daripada Aisyah r.a., nabi saw bersabda : `Jika mereka berselisih, maka sultan atau rajalah wali     bagi orang yang tidak ada wali' (Riwayat Abu Daud, Ahmad dan At-Tirmizi)

b. Rasulullah saw bersabda : `Kalau datang kepadamu lelaki beragama dan berakhlak baik, maka nikahkanlah ia. Jika kamu tidak melakukannya nescaya akan terjadi fitnah dan kerosakan yang besar' (Riwayat At-Tirmizi)


3. Hak untuk Menuntut jika Mungkin Janji Pertunangan

Seksyen 15. Pertunangan

Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

Aisyah lwn Jamaluddin(1978)3JH104
Seorang lelaki telah mungkir perjanjian untuk berkahwin. Perempuan menuntut bayaran mas kahwin RM25, belanja kahwin RM800, dan hak untuk menyimpan cincin pertunangan.

Keputusan :
Kadi Besar memerintahkan lelaki membayar gantirugi mengikut perjanjian pertunangan, mas kahwin RM25, belanja RM800, perempuan berhak menyimpan cincin pertunangan, dan kena bayar RM25 bagi baju-baju yang telah disiapkan untuk perkahwinan dan RM400 kos baiki rumah.











































Comments