Apakah tahap 'kesihatan' rumahtangga anda?
Hubungan suami isteri dalam sesebuah perkahwinan akan melalui beberapa fasa. Fasa sihat, fasa demam dan fasa sakit teruk. Ini istilah yang Admin gunakan untuk artikel kali ini.
Simtom rumahtangga anda mengalami 'demam' atau mula terdapat tanda-tanda fasa sakit teruk dan memerlukan bantuan.
1. Ahli keluarga atau rakan anda mula bertanya tentang hubungan anda dengan pasangan anda dalam nada yang ingin tahu sama ada terdapat apa-apa masalah yang boleh dibantu.
2. Kelakuan anak-anak anda yang abnormal, mempunyai masalah disiplin atau masalah pembelajaran yang disebabkan oleh tekanan perasaan.
3. Jangan ambil ringan jika anda mengalami penderaan fizikal dan ini melibatkan keselamatan diri anda atau keselamatan anak-anak anda. Ingat, pukul atau mencederakan bukan tanda sayang!
4. Masalah hubungan seksual antara pasangan yang mana pasangan hanya menganggap anda sebagai tempat melampias nafsu atau menganggap pasangan seperti pelacur yang mana menyebabkan tekanan emosi.
5. Jika anda atau pasangan anda mula mengalami gangguan emosi seperti kemarahan tidak terkawal, kemurungan (depression), keresahan (anxiety), tekanan yang tidak normal (abnormal stress), sentiasa rasa bersalah, atau masalah biokimia (biochemical problems) seperti bipolar, schizophrenia, paranoia atau psychosis.
6. Pasangan mempunyai hubungan kekasih luar tanpa pengetahuan pasangan kerana jika tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan pasangan kemurungan, keresahan dan tekanan emosi yang lain.
7. Pasangan anda tidak mengambil kisah tentang apa berlaku dalam rumahtangga, tidak dapat berfungsi sebagai suami atau isteri dalam rumahtangga, segala hubungan komunikasi, seksual, kasih sayang telah tidak diendahkan lagi. Itu tanda pasangan anda telah 'give up' dengan rumahtangga sedia ada.
8. Anda dan pasangan anda mengalami kesukaran untuk berkomunikasi. Pasangan anda akan meninggikan suara dan mula menyalahkan anda. Pasangan anda akan tukar topik lain dan mula mengungkit segala kebaikan beliau dan menyenaraikan kelemahan dan kesalahan anda.

Comments
Post a Comment