Berdosakah bercerai?
"Saya ingin bercerai. Saya dah tak boleh melalui lagi"
"Berdosakah aku jika aku minta cerai. Nanti bergegar tiang arasy?"
"Saya ingin menjadi isteri solehah tapi saya takut menjadi isteri nusyuz jika saya teruskan lagi perkahwinan ini"
"Berdosakah aku jika aku minta cerai. Nanti bergegar tiang arasy?"
"Saya ingin menjadi isteri solehah tapi saya takut menjadi isteri nusyuz jika saya teruskan lagi perkahwinan ini"
Pelbagai persoalan dan kebimbangan yang muncul membuak-buak di minda para isteri di saat mereka diuji dalam rumahtangga yang bergolak.
Sukar bagi mereka membuat keputusan. Antara taat dan nusyuz. Antara syurga dan neraka. Seringkali mereka dimomokkan dan dilabelkan dengan kata-kata bersifat penghinaan dan menjatuhkan maruah mereka oleh masyarakat, kenalan, teman sekerja, jiran tetangga, rakan, bahkan oleh ahli keluarga sendiri.
Ini membuatkan para isteri menanggung seribu penderitaan. Cuba sedaya upaya mempertahankan rumahtangga yang dah retak seribu. Paling menyedihkan, para isteri mengalami tekanan mental dan emosi yang berat hingga memberi kesan kepada kehidupan mereka seharian.
Islam tidaklah membebankan penganutnya sehingga menjejaskan mental dan emosi dalam mengharungi bahtera rumahtangga.
Islam mendidik umatnya agar menghormati wanita dan meletakkan wanita di kedudukan yang selayaknya.
"وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ "
"Dan kaum wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf" (Al-Baqarah : 228)
Allah menetapkan talaq sebagai suatu cara bagi menyelesaikan perselisihan antara suami dan isteri, di saat tidak ada lagi cara lain yang dapat mengatasinya.
Talaq bererti melepaskan. Menurut istilah syara' bererti : melepaskan ikatan pernikahan dengan kata-kata atau lafaz yang menunjukkan talaq. Talaq adalah satu perbuatan halal dilakukan menurut agama, tetapi perbuatan itu tidak disukai oleh Allah, sebab ia memutuskan kasih sayang.
Firman Allah :
وَإِنْ يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِنْ سَعَتِهِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا
وَإِنْ يَتَفَرَّقَا يُغْنِ اللَّهُ كُلًّا مِنْ سَعَتِهِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ وَاسِعًا حَكِيمًا
"Dan jika kamu (suami isteri) bercerai, Allah akan melapangkan hidup masing-masing dan adalah Allah itu Maha Luas pengurniaan-Nya dan Maha Bijaksana" (An-Nisa : 130)
Sabda Rasulullah saw : "Perbuatan halal yang dibenci Allah ialah Talaq" (Abu Dawud, Al Hakim)
Melihat dari sudut yang lain, jika sekiranya diteruskan perkahwinan hingga menyebabkan darar dan penderitaan, penganiayaan, penderaan yang meliputi mental, emosi, fizikal dan kewangan, maka ia adalah salah bentuk kezaliman yang berlaku dalam institusi rumahtangga yang patut dihentikan.
Bahkan indahnya dan mudahnya Islam itu jika sekiranya perkahwinan itu diteruskan boleh mengakibatkan si isteri takut berlaku nusyuz atau sukar untuk mentaati suaminya, maka dibenarkan untuk melaksanakan khulq (tebus talak).

Comments
Post a Comment