𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 '𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻'?




𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗿𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 '𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻'?

Pelik ya.. jika anda pernah mengendalikan kes-kes wanita-wanita pelik yang hidup dalam kitaran keganasan rumahtangga atau disebut mangsa dera, silap-silap haribulan jika anda tidak sabar, anda yang kena saiko dan mengidap tekanan emosi.

Mengapa saya mengatakan demikian?

1. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang sungguh penyayang, walaupun didera tapi masih mengasihi penderanya.
2. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang bersifat rahmah, walaupun didera tapi masih simpati dengan penderanya.
3. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang bersifat ceria dan duka, walaupun didera tapi masih boleh ketawa dan tiba-tiba boleh menangis.
4. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang penuh pembelaan, walaupun didera tapi masih membela penderanya.
5. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang keliru, walaupun didera tapi boleh bertanya adakah beliau buat salah.
6. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang ketaatan yang tinggi, walaupun didera tapi boleh bertanya adakah beliau nusyuz.
7. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang sangat menyimpan rahsia, walaupun didera tapi boleh bertanya adakah boleh mendedahkan aib pendera.
8. Anda akan berjumpa dengan wanita-wanita yang bersifat sangat keibuan, walaupun didera tapi risaukan pendera jika beliau meninggalkan pendera maka siapa yang akan menjaga makan minum dan pakaian pendera.
Panjang lagi jika saya nak senaraikan sifat-sifat mangsa dera yang tabah ini.
Anda mungkin akan mengatakan, 'bodoh betul. dah kena dera tinggalkan aje lah'. 
Tapi anda harus ingat, sukar untuk membuang sifat-sifat itu daripada mangsa dera kerana ia tertanam dalam diri mangsa dera tersebut. Bahkan mangsa dera tersebut juga merasa pelik mengapa mereka bersifat demikian.
Mereka ingin keluar daripada kitaran keganasan rumahtangga tapi mereka tak mampu berbuat demikian jika tiada yang membantu menarik tangan mereka keluar daripada kitaran tersebut. Tapi hati-hati, silap cara, anda yang akan dimarahi oleh mangsa dera. Maka bertabahlah wahai rakan-rakan yang ingin membantu. Anda hendaklah sentiasa bersedia jika dihubungi oleh rakan anda untuk meminta bantuan.
Persoalannya, mengapa mereka masih bersama dengan si Pendera?

Comments