𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻?



𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻?

Setiap satu tindakan hendaklah bermula dengan niat. Hatta sekecil-kecil tindakan atau keputusan memerlukan niat. Mengapa kita hendak melakukan demikian? Apakah tujuan?

Inikan pula hendak mendirikan rumahtangga yang bukan untuk sehari dua. Hidup bersama dengan seseorang hingga akhir hayat dan ke Jannah bersama, inshaaAllah. Tentulah memerlukan niat dan tujuan perkahwinan yang lebih bermakna.

Rasulullah saw juga menyarankan umatnya agar berkahwin, dan jika tidak mampu maka hendaklah berpuasa sebagai satu perisai diri daripada melakukan maksiat dan dosa.

Sabda Rasulullah saw : "Wahai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya" (HR Bukhari dan Muslim).

Rasulullah saw juga bangga dengan bilangan umatnya yang ramai semasa hari kiamat kelak. Bahkan perkahwinan itu sunnah Rasulullah saw.

"Nabi saw menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda : 'Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak" (Riwayat Ahmad)

Artikel ini membantu rakan pembaca untuk mengenalpasti niat untuk mendirikan rumahtangga. Moga bermanfaat.

1. Memelihara keturunan manusia
- perkahwinan merupakan satu jalan untuk membiakkan keturunan manusia
- factor asas dalam penerusan dan pengekalan keturunan manusia di bumi

An-Nisa : 1
4:1 "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu."
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (4:1) 

An-Nahl : 72
16:72 "Allah menjadikan bagi kamu istri-istri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari istri-istri kamu itu, anak anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?"""
وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (16:72) 

2. Menjaga nasab (keturunan)
- melalui perkahwinan, anak-anak akan berbangga dengan nasab mereka kepada bapa-bapa mereka
- nasab mengandungi pengakuan diri mereka, kemuliaan mereka sebagai manusia dan kebahagiaan jiwa mereka
- tanpa perkahwinan, hilang kehormatan nasab dan keturunan

3. Menyelamatkan masyarakat daripada keruntuhan moral
- kecenderungan semulajadi terhadap jenis yang berlawanan dapat disalur melalui perkahwinan yang sah dan hubungan yang halal
Seruan Rasulullah saw kepada pemuda agar berkahwin melalui sabdanya :
`Wahai sekalian pemuda, siapa di antara kamu yang berkemampuan, hendaklah berkahwin, kerana perkahwinan itu akan menundukkan pandangan mata serta lebih dapat menjaga kemaluan…’
(HR Bukhari, Muslim dan lain-lain)

4. Kerjasama suami isteri dalam membentuk keluarga dan mendidik anak-anak
- terbina kerjasama antara suami isteri dalam membentuk keluarga, mendidik anak-anak dan menanggung bebanan kehidupan
- saling berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan kerja
- wanita akan melaksanakan kerja-kerja yang bersesuaian dengan bidang tugasnya serta bertepatan dengan tabiat kewanitaannya
- lelaki akan menjalankan kerja-kerja yang sesuai dengan bidang tugasnya serta bertepatan dengan tabiat semulajadi kelelakian
- terbina rumahtangga sebuah rumahtangga yang penuh dengan nikmat, mawaddah dan rahmah dibawah naungan hak-hak yang telah ditetapkan Islam

5. Menyelamatkan masyarakat daripada berbagai penyakit
- melalui perkahwinan manusia terselamat daripada penyakit berbahaya seperti sifilis (penyakit kelamin), gonorea (penyakit kencing nanah), penyakit Aids (kurang daya tahan penyakit) dan penyakit-penyakit lain yang merbahaya hasil daripada perbuatan keji dan penzinaan
- penyakit tersebut juga akan menyebabkan kemandulan, kelemahan tubuh badan, mencacatkan nasab dan menyebarkan wabak yang merbahaya

6. Ketenangan rohani dan jiwa
- dengan perkahwinan, ikatan mawaddah dan rahmah (cinta dan kasih sayang) antara suami isteri akan bertambah
- masing-masing akan menikmati perasaan yang tenang,merasai dan menimati ketenangan jiwa, kedamaian hati dan kegembiraan pada detik-detik pertemuan yang berlaku, kelembutan serta mendapatkan kebahagiaan di bawah naungan satu sama lain
- masing-masing akan akan menyambut setiap hari yang baru selepas pertemuan itu dengan penuh semangat, penuh keazaman, kesungguhan dan kegembiraan untuk melaksanakan tugas-tugas di bidang-bidang masing-masing
- situasi ini akan memperkuatkan lagi rasa tanggungjawab, memberikan dorongan dan semangat untuk melaksanakan tugas atau kerja-kerja, seterusnya mewujudkan kebahagiaan rumahtangga, keluarga dan anak-anak

Ar-Rum : 21
30:21 Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (30:21) 

7. Membangkitkan rasa keibuan dan kebapaan
- melalui perkahwinan akan terpancar rasa kasih sayang dari kedua ibu bapa terhadap anak-anak mereka
- perasaan kasih sayang akan tumbuh dan berkembang subur pada diri kedua ibu bapa itu
- perasaan-perasaan kejiwaan itu memberi pengaruh besar dan kesan yang amat baik sekali dalam pengasuhan dan pendidikan anak-anak
- segala kemaslahatan anak-anak juga akan sentiasa diberikan semangat dan dorongan untuk menjalani kehidupan utama serta menampakkan satu kecemerlangan dan kebahagiaan dalam hidup mereka

An-Nisa : 3
4:3 Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ (4:3) 


Diringkaskan daripada buku `Halangan-halangan perkahwinan’ tulisan Abdullah Nasih `Ulwan

Comments