Jawab 20 soalan sebelum Pisah
Kita seringkali mendengar ungkapan,
'Divorce is not an option'
'Perceraian ialah pilihan terakhir'
'Divorce is not an option'
'Perceraian ialah pilihan terakhir'
Bagi lelaki atau wanita yang telah melalui ujian perceraian, tentulah mengakui bahawa ia adalah satu perjalanan yang pahit dan sangat menyakitkan.
Sebelum membuat pilihan untuk berpisah, antara soalan yang perlu dijawab dengan penuh sedar dan jujur ialah :
1. Adakah anda telah mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki rumahtangga?
2. Adakah apa-apa tindakan lain yang belum dilakukan untuk memperbaiki rumahtangga?
3. Adakah perlu berpisah?
4. Adakah perpisahan sahaja pilihan yang ada untuk masa ini?
5. Adakah perpisahan ini akan menyebabkan anak-anak menderita?
6. Adakah ibu ayah dan keluarga bersetuju anda berpisah?
7. Adakah anda bersedia untuk berpisah dari segi kewangan?
8. Adakah anda bersedia untuk berpisah dari segi mental dan emosi?
9. Adakah anda bersedia untuk mendapat gelaran ibu tunggal, atau janda, atau duda?
10. Adakah anda bersedia untuk menanggung anak-anak seorang diri tanpa bantuan bekas suami / isteri anda?
11. Adakah anda bersedia untuk berdepan dengan anak-anak anda dan menjawab segala persoalan mereka?
12. Adakah anda meyakini bahawa isteri / suami anda masih tidak berubah jika perkahwinan ini diteruskan?
13. Adakah anda masih mencintai pasangan anda?
14. Adakah anda merasa simpati pada pasangan anda?
15. Jika masih mencintai atau merasa simpati, kenapa anda masih ingin berpisah?
16. Apakah tujuan perkahwinan?
17. Adakah tujuan perkahwinan tersebut tercapai?
18. Jika perkahwinan ini diteruskan, adakah akan memudaratkan anda atau anak-anak anda?
19. Adakah anda bersedia untuk hidup keseorangan dan kesunyian?
20. Adakah anda bersedia untuk melalui laluan perceraian yang menyakitkan?
Pejam mata anda, dan bayangkan,
adakah anda nampak cahaya bahagia jika perkahwinan diteruskan?
adakah anda beroleh ketenangan jika anda melangkah keluar dari pintu perkahwinan ini?
adakah anda nampak cahaya bahagia jika perkahwinan diteruskan?
adakah anda beroleh ketenangan jika anda melangkah keluar dari pintu perkahwinan ini?
Moga Allah swt atur yang terbaik buat pasangan yang melalui ujian rumahtangga.

Comments
Post a Comment