Salam Perkenalan kepada semua Pengunjung Blog Perkahwinan & Perceraian!



Assalamualaikum Wa Rahmatullah,
Sahabat dan Rakan Pengunjung Blog Perkahwinan & Perceraian.
Moga rakan-rakan semua dirahmati Allah swt.
Selamat datang ke Page Perkahwinan & Perceraian!
Tujuan Page ini diwujudkan untuk memberi info berkaitan Perkahwinan & Perceraian dari sudut pandang undang-undang dan pengalaman mengendalikan pelbagai kes rumahtangga. 
Blog Perkahwinan & Perceraian cuba menyediakan solusi dan penyelesaian terbaik secara hikmah bagi pihak-pihak jika ingin berpisah. Apakah langkah-langkah yang patut diambil dan prosedur yang berkaitan dengan tuntutan di Mahkamah.
Terdapat banyak tulisan-tulisan FB, blog, akhbar, majalah, laman web dan pelbagai sumber lagi berkenaan Perkahwinan & Perceraian. Terdapat juga tulisan yang sangat mengecam kaum Adam hingga seolah tiada kebaikan pada kaum Adam. Kecaman-kecaman begini juga boleh membuatkan si isteri hidup dalam ketakutan dan minda diajak berfikir persediaan untuk perceraian. Sedangkan tiada pasangan yang berkahwin untuk bercerai kan!
Seterusnya, apabila rumahtangga dilanda badai dan retak menunggu belah. Pihak-pihak sukar untuk berbincang secara baik dan sering salah menyalah antara satu sama lain. Paling menyakitkan apabila anak-anak menjadi mangsa.
Ya... perceraian menjadi satu 'taboo' dalam masyarakat Malaysia. 
Walaubagaimanapun, langit tidak selalu cerah. Mungkin kita antara insan yang dipilih untuk melalui fasa-fasa ujian rumahtangga dan fasa-fasa perceraian yang sangat menyakitkan bagi yang telah melaluinya.
Blog ini bukan untuk mencari siapa salah siapa benar!
Kerana kita semua bukan malaikat!
Dan kita semua tidak sempurna.
Dan sekiranya ada komen-komen negatif daripada pembaca yang tidak membantu memberi sebarang solusi dan manfaat, Admin akan memadamnya.
#KitaLawan - pertahankan hak kepada yang berhak
#KitaKawan - masih boleh berkawan walaupun setelah berpisah
Salam dari Admin Blog Perkahwinan & Perceraian!
Moga Blog ini memberi manfaat buat semua.

Comments